Mendoakan orang yang sedang nazak adalah men’talkin’kannya.
Dituntut untuk Talkinkan orang yang sedang nazak dengan kalimah
tauhid لا إله إلا الله ke telinganya. Perkara ini berdasarkan hadith
Nabi saw :
لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إلَهَ إلَّا الله
Maksudnya: “Talkinkanlah orang-orang yang hampir mati dari kalangan kamu dengan Lailahaillallah.”[19]
Kalimat Talkin (التلقين) adalah membawa maksud al-Ta’lim (التعليم)
iaitu mengajarkan dan al-Tafhim (التفهيم) iaitu memberi faham. Yang
dimaksudkan dengan menalkinkan mayat ialah mengingatkannya dengan
kalimah Tauhid (لا إله إلا الله). Yang di maksudkan dengan mayat di sini
ialah orang yang sakit berdepan dengan kematian (nazak). Menalkinkan
orang yang hampir mati dengan kalimah tauhid, bertujuan membantunya
supaya mengakhirkan hidupnya dengan kalimah tersebut.
Mu’az bin Jabal (مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ) R.A. berkata: “Aku mendengar Nabi saw bersabda:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلامِهِ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
Maksudnya: “Sesiapa yag akhir kalamnya dengan Lailahaillallah, wajib untuknya syurga.”[20]
Maka sesiapa yang menziarahi orang yang sedang nazak hendaklah
mengambil berat persoalan ini. mereka dituntut untuk mengingatkan orang
yang dalam nazak mengucapkan kalimah tauhid.
Namun perlu diberi perhatian, jika dia telah mengucapkannya, atau
telah diajarkan kepadanya, maka tidak perlu diulangi lagi, kerana
perbuatan ini boleh menganggu orang yang sedang nazak. Al-Imam al-Nawawi
berkata :
وَكَرِهُوا الإِكْثَارَ عَلَيْهِ وَالْمُوَالاةَ لِئَلا يَضْجُر بِضِيقِ
حَالِهِ وَشِدَّةِ كُرْبِهِ ، فَيَكْرَهُ ذَلِكَ بِقَلْبِهِ ,
وَيَتَكَلَّمُ بِمَا لا يَلِيق . قَالُوا: وَإِذَا قَالَهُ مَرَّةً لا
يُكَرِّرُ عَلَيْهِ إِلا أَنْ يَتَكَلَّمَ بَعْدَهُ بِكَلامٍ آخَر ,
فَيُعَادُ التَّعْرِيْضُ بِهِ لِيَكُونَ آخِرُ كَلَامِهِ
Maksudnya: “dan para ulama menganggap makruh memperbanyakkan dan
berterusan (mengajarkan talkin kepada orang yang sedang nazak), agar ia
tidak merasa gelisah ditambah dengan keadaannya yang amat sukar,
sehingga timbul perasaan tidak suka di dalam hatinya, yang boleh
menyebabkan dia mengucapkan sesuatu yang tidak wajar. Oleh itu para
ulama berkata: Jika dia (orang yang sedang nazak) telah menyebut
(kalimah tauhid) sekali, tidak perlu mengulanginya lagi, melainkan jika
dia bercakap sesuatu yang lain. Maka diulangi talkin kepadanya, untuk
menjadikan akhir kalamnya dengan kalimah tauhid).”
DO'A UNTUK ORANG YANG SEDANG NAZAK
23.42 |
Label:
KUMPULAN DO'A
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar