Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang
dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan
secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan
lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir.
Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta
kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan
ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan
sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa
besar. Tak bau syurga bila mati.
Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah
Doa Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat
sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat
individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa
ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.
Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.
Cara-caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda,
bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah
diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat,
memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah
mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini
setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Wasallam.
About these ads
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar